## Gelagat Siti dan Aaisyah itu turut mendapat lebih 20,000 'like' di laman Instagram milik penyanyi lagu Jerat Percintaan itu.....
## Aaisyah juga dilihat cepat serasi dengan Siti kerana menurut Rozita sendiri, anak perempuannya mudah mesra dengan mereka yang mempunyai wajah cantik dan kacak. ....
## Siti memuat naik dua gambarnya bersama Aaisyah di laman bergambar popular itu, termasuk melakukan empat kolaj gambar berbeza pada salah satu gambar yang dimuat naik. ....
## "Geram sungguh budak ini. Sudah lama nak jumpa "princess" (merujuk kepada Aaisyah) ini. Akhirnya dapat juga jumpa," katanya di laman berkenaan.....
## Dua gambar berkenaan turut mendapat komen pengikut Siti. Rata-rata memuji aksi comel mereka berdua. Naluri dan sikap keibuan Siti juga ternyata terserlah dalam gambar berkenaan.....
## Siti sebelum ini pernah keguguran selepas dua bulan hamil. Beliau mengumumkan berita terbabit pada 1 Disember lalu.....
0 comments:
Post a Comment