Saturday, December 19, 2015

Perghhh!!! Gambar Biasa Sahaja Tapi Menimbulkan Marah !!...korang tengok sendiri pasti anda naik geram..

Ada wanita moden yang berstatus tinggi dan berduit hari ini memilih jalan pembedahan kosmetik (yang mahal dan berisiko) atau suntikan botox untuk mem besarkan payudara mereka. Ada juga yang membeli alatan pelik seperti pam payudara untuk membesarkan saiz payudara. Namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah, murah dan semulajadi untuk menambah baik saiz dan bentuk payudara anda secara semulajadi.


Tahukah anda, dengan kaedah urutan yang betul, yang hanya mengambil masa 20 ke 30 minit sehari, anda sebenarnya mampu memiliki pertambahan saiz payudara sehingga 1 cup (saiz coli) dalam masa sebulan sahaja?

Dengan kaedah urutan yang betul pada payudara, ia mampu memberikan stimulasi dan membaikpulih kelancaran aliran darah. Phytoestrogens (hormon ke wanitaan)akan bergerak melalui aliran darah, jadi bila adanya aliran darah yang lebih banyak, lebih mudahlah urat penerima pada buah dada anda menyerap apa yang mereka perlukan untuk membesar.
Urutan pada payudara secara konsisten juga akan menghasilkan prolaktin yang lebih banyak. Prolaktin yang merupakan hormon yang bertanggungjawab membesarkan saiz payudara akan terhasil dengan adanya urutan berterusan pada buah dada dan juga puting.Cara melakukan urutan pada buah dada ialah :

Gosok kedua tapak tangan anda dengan kuat sehingga anda dapat merasakan kehadiran kehangatan haba padanya. Bila adanya kepanasan (suam-suam), letakkan tangan anda pada buah dada anda. Gosok ke bahagian dalam dengan tangan anda, sambung sehingga ke sekeliling buah dada anda. Tangan kanan anda akan berpusing mengikut arah jam manakala tangan kiri pula kan berpusing mengikut arah lawan jam.

Lakukan dalam lingkungan 100 – 300 pusingan urutan pada waktu pagi dan sekali lagi dalam lingkungan 100- 300 pusingan urutan sebelum anda tidur. Setiap satu pusingan urutan biasanya dalam lingkungan 2 saat. Berhenti seketika jika tangan anda sudah sejuk dan gosokkan semula tapak tangan anda agar ia panas kembali.
Urutan penuh 300 pusingan biasanya mengambil masa dalam 10 ke 15 minit sahaja. Dengan melakukan kaedah urutan ini dua kali sehari setiap hari, anda akan dapat melihat kesan yang menakjubkan dalam masa sebulan.

Urutan juga boleh menggunakan minyak untuk menambah rasa selesa. Jika anda mahu menggunakan minyak urutan, minyak yang biasa di gunakan ialah minyak badam (almond). Campurkan 9 titik minyak geranium dan 16 titik minyak Ylang Ylang ke dalam 50 ml minyak badam. Campuran minyak ini boleh anda gunakan semasa urutan atau boleh juga di sapu begitu sahaja.

Satu lagi kaedah yang baik untuk membantu membesar dan menegangkan payudara ialah dengan menggunakan krim payudara yang ada pada zaman moden ini. Antara yang terbaik ialah krim FC atau Firming Cream dari Bio Asli.

Kesan sampingan yang bagus jika anda konsisten melakukan urutan pada buah dada anda ialah darah haid anda akan berkurangan. Ini ialah kerana sejumlah darah yang biasanya keluar begitu sahaja semasa period akan di gunakan untuk membesarkan saiz payudara anda. Satu lagi kesan ialah anda akan kurang mengalami masalah senggugut kerana peningkatan jumlah hormon yang bekerja. Puting payudara juga akan menjadi lebih sensitif,
namun cuba elakkan menyentuh puting semasa melakukan urutan.

Sebenarnya kaedah urutan ini ialah kaedah tradisional lama yang telah di amalkan sejak dahulu lagi oleh pengamal Taoist dan di panggil kaedah kijang betina. Ini bermakna kaedah ini telah lama di amalkan dan terbukti sejak lebih beratus tahun dahulu lagi. Apa yang anda perlu anda ada ialah meluangkan sedikit masa, dengan semangat atau keinginan kuat, dan juga ilmu.


Sumber

Ya Allah !!! Tak Sanggup Tengok. Tabahkanlah Adik Ni. Hilang Segalanya Dalam Sekelip Mata...Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah

Ya Allah ! Tak Sanggup Tengok. Tabahkanlah Adik Ni. Hilang Segalanya Dalam Sekelip Mata
Kesiannya. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah


KUALA BERANG: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. "Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Hanya anak bongsu lima sekeluarga yang ditemui lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, selamat dalam kejadian kira-kira 10 pagi, hari ini.

Mohd Hasif, 9, selamat kerana sedang bermain pasir di tepi air terjun itu ketika kejadian.

Dalam kejadian itu, suami isteri dan tiga anak perempuan mereka ditemui lemas.

Kesemua mayat ditemui antara 12.17 hingga 12.37 tengah hari oleh orang awam dan Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Halim Samian, 44; Nurul 'Adila @ Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.

Keluara berkenaan dipercayai menetap di Puncak Alam, Selangor.

Mereka pulang bercuti di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum pergi ke kawasan air terjun itu.



Pegawai Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata pihaknya terima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba Kuala Berang dan Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

"Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," katanya. Difahamkan keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, Selangor, pulang bercuti di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof berkata, mayat kelima-lima mangsa ditemui secara berperingkat oleh anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dengan mayat terakhir ditemui jam 12.37 tengah hari. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.-BH

Tuu Diaaa!!! Jawapan Berani MAti Anak Sultan Johor Bila Ditanya Kenapa Susah Untuk Senyum..

Jawapan Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Iskandar Kenapa Baginda Tak Senyum bila Bergambar.


Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada 5 Februari 1993 (22 tahun)) anakanda ke-5 kepada Sultan Johor Moden Sultan Ibrahim Ismail.

Baginda juga gemar bermain sukan polo selain handal dalam mengendalikan helikopter.
Masih muda dan kacak orangnya, beliau juga sering mengemaskini akaun instagramnya dan mempunyai 233 ribu pengikut instagramnya.

Namun begitu ramai pengikut instagram baginda yang selalu memberi komen supaya baginda senyum ketika bergambar.

Mungkin kerana bengang kerana selalu sahaja pengikut instagram baginda asyik komen minta baginda senyum,

Hari ini Tunku Abdul Rahman telah mengemaskini instagramnya bagi menjawab segala komen tentang senyum.

INI JAWAPANNYA…


“It’s my decision if i want to smile or not. Deal with it”

Suka hati dia lah nak senyum ke tak…. betul tak?

Sumber

FUH MENGEJUTKAN !!! Ramai rakyat malaysia marah dengan status sebenar cikgu cun melecun jadi viral...

Apa lawo sangat cikgu ni? Kalau macamni, bukan je budak rajin pergi sekolah, malah si ayah budak pun rajin je datang jenguk anak. Hehehehe.


Tapi ramai yang marah dengan cikgu ni. Kenapa ya? Jom baca...

Gambar Cikgu Cun Melecun Jadi Viral

Beberapa keping gambar cikgu cun melecun mula menjadi viral di laman sosial apabila “Fan Page” besar di facebook seperti Oh Bulan mula membuat posting mengenai cikgu ini. Cikgu yang dimaksudkan itu adalah Cikgu Dayang Nurhayati berusia 23 tahun.

Antara komen-komen nakal yang diterima pada gambar viral Cikgu Dayang adalah, “Cikgu zaman sekarang. Kalau tak datang sekolah rasa rugi dalam hidup… Lambatnya sekolah buka. Hehehe.”

“Alamak aih.. lawo betul cikgu ni. Kalau macamni, bukan je kami rajin pergi kelas, malah kalau buat kelas tambahan pun mesti tak pernah ponteng”.

“Kalau dtg sekolah sebab cikgu cantik adakah ia ikhlas?”

Cikgu Dayang ada adik beradik kembar?

Mengejutkan! Jangan frust ya jejaka-jejaka semua. Nampaknya Cikgu Dayang macam dah ada boyfriend. huhu. Apapun, jom tengok lagi foto Cikgu Dayang.











PANAS!! PANAS!! NORA DANISH MENGAMUK Dan Dedahkan KEBURUKAN JEJAI DAN FASHA SANDHA Buat Orang Ramai TERSEDAR..

Rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suami, Rizal Ashram Ramli kini berantakan, gara-gara campur tangan pihak ketika, yang juga dikatakan daripada ahli keluarga Rizal sendiri.


Memetik mStar, Fasha dilaporkan mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini, bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada untuk mendapatkan kaunseling ataupun urusan penceraian.

Dikatakan, hal rumah tangga pasangan itu turut melibatkan bekas isteri Rizal atau dikenali sebagai Jejai, iaitu Nora Danish.
“Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.

“Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah,” demikian menurut sumber, sebagaimana memetik mStar.

Jejai dan Nora pernah berkahwin pada Jun 2006 kemudian bercerai dua tahun selepasnya.
Jejai kemudiannya mengahwini Fasha pada April 2012 dan dikurniakan dua anak yang berusia dua tahun dan setahun.

BUKTI DI BAWAH!




KANTOI!! Akhirnya Ezlyn Berlaku Jujur Dedahkan Punca Dia Tidak Datang Ke GegarVaganza...

Ramai tertanya-tanya mengapa Ezlynn yang tersingkir bersama Zul Handy Black langsung tidak hadir ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kedua.


Kesemua bekas peserta membuat persembahan di pentas akhir Gegar Vaganza kecuali Ezlynn yang langsung tidak nampak kelibatnya.

Melalui Berita Harian, sebenarnya Ezlynn telah mengalami sakit lutut dan sehari sebelum final Gegar Vaganza, sakitnya telah melarat dan Ezlynn menerima rawatan lututnya.


Ezlynn telah diberi suntikan dan terpaksa berehat selama 48 jam setelah menerima rawatan. Oleh tu dia terpaksa membatalkan hasrat untuk membuat persembahan di final Gegar Vaganza.

Ezlynn juga telah memuatnaik gambar lututnya yang sedang sakit di laman sosial.

Sumber

Friday, December 18, 2015

TUU DIAA!! SEMAKIN PARAH!! Gadis bertudung tapi skirt belah sampai peha, "Saya pakai stokinlah!"..huh

Gambar-gambar gelagat gadis Islam dengan asap 'vape'nya viral merata-rata. Kelmarin status anak gadis beritahu trend penyewa perempuan boleh bawa teman lelaki balik ke bilik rumah sewa.


Kenyataan gadis ini juga amat menyedihkan kita. Sekalipun betul beliau ada pakai stokin yang sama warna dengan kulitnya namun itu tidak sama sekali dibenarkan dalam Islam. Yang pasti dari gambar itu nampak seperti beliau tidak langsung menyarungkan apa-apa di kakinya. Beliau tidak lain hanya memberi alasan jahilnya.

Inilah yang saban hari diperingatkan pesan Nabi SAW bahawa "di akhir zaman ramai wanita berpakaian tetapi nampak macam telanjang". Itulah petunjuk dan peringatan demi peringatan yang terus menerus diperlekehkan.

Beliau mungkin anak orang kaya yang ada pengawal peribadi untuk mengelak dari dirogol. Tetapi adalah amat bahaya jika tabiat ini ditiru oleh wanita lain yang lebih terdedah kepada gangguan seksual. Perlakuan ini sengaja dibuat untuk membuatkan lelaki 'terliur' dan terpanggil untuk 'menyingkap' dan meneroka lebih jauh apa yang sudah di'bayang'kan..

Jika adik ini terbaca artikel ini, kami seru untuk segera bertaubat. Janganlah aibkan diri sendiri di khalayak ramai dan di alam maya begini. Janganlah ditambah lagi aib Muslim dengan gelagat seperti ini.


Jika adik ini tidak memperdulikan seruan ini, kita harap semua wanita lain ambil iktibar daripadanya. Inilah zina mata yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Mohon janganlah ditambah lagi imej buruk agama kita yang selama ini telah dicemari oleh kita sendiri. Ingatlah para wanita, jangan diundang malapetaka. Telah nabi sabdakan bahawa neraka itu banyak dihuni oleh kaum hawa.

Sumber: FB Warga Prihatin

Sumber

PANAS!! PANAS!! KECOH LAGI !! Perkara Memalukan NABIL Berlaku Malam Gegar Vaganza 2...Apahal JAMAL Ni?..

Setelah 9 minggu bertanding akhirnya Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi milik penyanyi berusia 31 tahun iaitu Siti Nordiana Alias.


Berjaya membawa hadiah wang tunai bernilai RM100 ribu dan pakej pelancongan ke Madrid Sepanyol adalah rezeki buat Nana yang tidak pernah putus asa dalam kariernya.

Untuk Malam Akhir GV2, 10 perkara  yang ANDA tidak dapat ditonton di kaca TV.

1. Selepas Jihan dan Nabil membuat persembahan nyanyian lagu mereka yang berjudul Laukku Cukup Masin, Nabil terkejut dan terbaring selepas bunyi mercun dinyalakan.

2. Penonton di Auditorium tetap ‘sporting’ dan sokongan mereka tetap padu walaupun tiket yang dijual agak tinggi. Ini namanya peminat finatik yang tidak berkira soal harga.

3. Ketika iklan, Nabil puji Jihan kerana dia sangat cantik pada malam akhir dan kecantikan Jihan itu seumpama Norlia Ghani.

4. Micheal Ang kini kembali menyaksikan GV2 setelah berminggu-minggu tidak kelihatan kelibatnya di Auditorium MBSA

5. Penonton di MBSA amat tersentuh dengan persembahan Siti Nordiana menyanyikan lagu Putus Terpaksa. Ada juga yang mengalirkan air mata kerana sebak.

6. Ketika iklan, untuk hilangkan rasa stress Jihan nyanyikan semula lagu Putus Terpaksa dan Janji Manismu dengan caranya.

7. Agihan coklat tetap diteruskan oleh Tok Ram kepada kenalan selebriti yang hadir pada malam itu. Pemurah dan baik hati Tok Ram

8. Datuk Jamal Abdillah tidak layan Nabil yang mengusiknya dan membuat lawak ketika iklan.

9. Tok Ram dengan rasa ‘kekwat’ tak mahu bergambar dengan Nabil dan Jihan namun itu hanya gurauan Tok Ram yang geram dengan telatah mereka berdua.

10. Ketika sidang media, Tok Ram telah menegur kepada sebilangan hadiran yang ada dalam bilik sidang media kerana mereka membuat bising.

-------------------------------------------------------------------
Nabil Dah Minta Maaf, Jamal Abdillah Tetap Poyo Dan Berlagak..Apa Yang Berlaku Kepada Mereka Berdua di Belakang Pentas Selepas Tamat Siaran Gegar Vaganza ?


Semalam kita menyaksikan Siti Nurdiana telah menang Gegar Vaganza. Tahniah buat Nana. Dia memang layak menang kot. Tapi GegarVaganza ada spoil sedikit . Kedatangan Jamal Abdillah di nantikan tetapi di spoilkan oleh dirinya sendiri.

Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat. Ini bukti di mana Nitezen bersetuju yang Jamal Abdillah Spoil malam Gegar Vaganza




Konsert  akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) telah pun berakhir dengan menyaksikan penyanyi Siti Nordiana Alias, 31, dinobatkan sebagai juara.

Manakala naib juara pula jatuh kepada Farahdhiya diikuti tempat ketiga dimiliki oleh Ezad Lazim.

Tiga lagi perserta iaitu Nassier Wahab, Acong dan Haiza masing-masing merangkul tempat keempat, lima dan enam.

Selain kehebatan konsert akhir semalam, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jom Astro Gempak kongsikan kepada anda semua corat - coret semasa siaran langsung GV2, yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1. Dua hari sebelum konsert akhir berlangsung, Azwan Mazwan Sapwan memuat naik status sindiran di akaun Instagramnya. Ramai yang meneka status tersebut ditujukan kepada Farahdhiya.

2. Wow! Auditorium MBSA tetap penuh dengan penonton walaupun tiket untuk konsert akhir GV2 dijual. Bukan main hebat penangan Gegar Vaganza ya.

3. Isteri YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Hamidah Khamis turut hadir menyaksikan konsert akhir GV2 bersama anaknya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

4. Datuk Seri Vida sanggup menempah ‘crown’ baru bernilai RM180,000 demi konsert akhir GV2.

5. Sebelum konsert bermula, sebaik sahaja Datuk Vida masuk ke dalam auditorium, penonton tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya. Popularkan Datuk Vida?

6. Nabil dan Jihan tidak duduk diam semasa iklan dan yang pastinya para penonton tidak kering gusi dengan gelagat spontan mereka mengusik antara satu sama lain.

7. Datuk Jamal Abdillah terlalu serius terhadap Nabil sewaktu pengacara GV2 itu membuat lawak. Datuk Khaty yang ‘tidak tahan’ melihat perangai Jamal memukul manja bahunya dan berkata “Datuk bagilah ‘chance’ dah konsert akhir ni,”

8. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, netizen mula mempertikaikan status kemenangan Farahdhiya sebagai naib juara.

9. Ketika sidang media berlangsung, Datuk Ramli MS mengusik Nana dengan memanggilnya Leman dan disambut dengan gelak ketawa oleh Nana.

10. “Walaupun saya ‘Leman’, tetapi saya dah buktikan ‘Leman’ pun boleh jadi juara,” kata Nana sewaktu sidang media berlangsung.

Teks Oleh: Mya Amri


Sumber

PERGHH!!!! LUBANG MISTERI DI SIBERIA DIGALI YAKJUJ MAKJUJ KINI TERBONGKAR ...

Sebuah lubang misteri yang besar telah ditemui di semenanjung Yamal, Barat Laut Siberia, Russia. Tempat itu bermaksud “hujung dunia”.


Lubang yang dirakam beberapa helikopter yang melintas dan tersebar ke Internet itu mulai diselidiki oleh para saintis.




Berdasarkan foto-foto yang ditampilkan via satelit Google Maps, lanskap dari lubang itu tidaklah rata tapi ada banyak lubang-lubang besar dan kecil.

Berikut adalah beberapa konspirasi teori mengenai analisa penyebab lubang yang berdiameter 262 kaki (79,85 meter) dan dalam 200 kaki (60,96 meter) itu muncul atau terbentuk.

1. Meteor

2. Lubang Gas

3. Yang ini bukan teori Saintis, tetapi teori orang beriman, lubang tersebut digali oleh Yakjuj dan Makjuj untuk keluar dari perut bumi.



Siapa Yakjuj Dan Makjuj?

Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya dengan muka merah padam. Seperti diceritakan oleh Zainab binti Jahsy, ketika terbangun itu, Nabi tiba-tiba berkata, “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah. Sungguh kerosakan akan menimpa bangsa Arab akibat datangnya kejahatan yang telah dekat. Hari ini, sebuah lubang sebesar ini telah terbuka di dinding Ya’juj dan Ma’juj.

“Ketika itu, Nabi membuat tanda lubang dengan ibu jari dan jari telunjuknya.
Legenda mengenai Ya’juj dan Ma’juj tidak hanya dikenali di dalam ajaran Islam. Dalam ajaran Kristian  pun kisah mengenai se kelompok manusia yang bakal membuat kerosakan besar di muka bumi itu juga diceritakan, lebih dikenali dengan nama Gog dan Magog. Adalah Zulkarnain, seorang raja besar pada masa lalu yang telah mengurung kaum Ya’juj dan Ma’juj di sebuah lembah di antara dua gunung tinggi (assaddain) dengan cara membina tembok penghalang terbuat dari besi dan tembaga, seperti diceritakan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 93-97.

Lalu, dalam ayat selanjutnya, disebutkan bahawa suatu saat tembok itu akan runtuh dan kaum Ya’juj dan Ma’juj akan keluar. “Dan, pada hari itu (ketika tembok terbuka), kami biarkan mereka bercampur baur satu sama lain seperti gelombang ….” Dalam Al-Quran versi Jabatan Agama, kalimat “pada hari itu” (yawma idhin) dari ayat ke-99 surah al-Kahfi ini diertikan sebagai hari kiamat. Namun, Dr Imran Nazar Hosein, cendekiawan Muslim kelahiran Trinidad dan Tobago 70 tahun silam punya pendapat lain atas ayat itu.

Kerana ayat ke-98 menceritakan mengenai akan runtuhnya tembok penghalang Ya’juj dan Ma’juj maka lebih tepat bila kalimat pada hari itu ditafsirkan sebagai hari ketika tembok itu benar-benar runtuh. Hari ketika kaum perosak itu akhirnya boleh keluar dari lembah yang mengurung mereka dan kemudian bertebaran di seluruh Bumi seperti gelombang lautan dan kemudian bercampur baur dengan bangsa-bangsa manusia lain.

Ini dijelaskan juga dalam surah al-Anbiyaa ayat 96, dari terjemahan versi Jabatan Agama. “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.”

Soalan utamanya, bilakah tembok Zulkarnain itu runtuh? Atau, lebih tepat lagi, apakah kaum Ya’juj dan Ma’juj itu sudah keluar dan bertebaran untuk membuat kerosakan di muka bumi? Kisah dari Zainab binti Jahzy, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di atas dianggap Imran Hosein sebagai pengesahan bahawa pada zaman Nabi Muhammad masih hidup tembok itu sudah mulai terbu ka. Ertinya, dalam beberapa abad selepas itu, kemungkinan besar kaum Ya’juj dan Ma’juj sudah mencari jalan keluar.

Dalam kisah sama yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari, ada versi yang lebih panjang ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi Muhammad. “Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan walaupun masih ada orang beriman di antara kita?” Nabi menjawab, “Ya, ketika kem@ks!atan berleluasa.”

Pendapat Imran Hosein yang menulis beberapa buku mengenai hari akhir, terutama kajian takwil surah al-Kahfi, ini juga adalah berdasarkan belum penemuan bukti-bukti arkeologis apa pun mengenai tembok yang dibina Zulkarnain. Saat ini, tak ada satu pun sudut Bumi yang belum pernah dijelajahi manusia atau luput dari intaian kamera satelit. Bila Ya’juj dan Ma’juj masih terkurung dalam lem bah maka seharusnya tembok buatan Zulkarnain itu masih kukuh menjulang dan mudah ditemui. Bila sudah tak ada tanda-tanda kewujudan tembok besar di sebuah lembah curam maka ber erti tembok itu sudah runtuh dan menjadi tugas arkeologi untuk mencari sisa-sisanya.

Ada pendapat sebahagian mufasir yang mengatakan bahawa tembok itu dibina di kawasan Kaukasia, di antara dua lautan (Laut Hitam dan Laut Kaspia). Ini merupakan hasil tafsiran surah al-Kahfi ayat 86-90 berkenaan dengan perjalanan Zulkarnain yang bertemu dua perairan berwarna pekat di bahagian barat dan timur dengan pen duduk yang bahasanya tak boleh difahami.

Wilayah dengan topografi penuh pergunungan tinggi dan lembah curam itu sesuai dengan kawasan sempadan antara Georgia dan Rusia, berada di barisan pergunungan Kakukasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia, tepatnya di Gunung Kazbek dan lembah Sungai Terek, yang dikenali dengan nama Ngarai Darial.

Orang Parsi menyebutnya Gerbang Alan. Ngarai Darial dikenali juga sebagai Gerbang Kaukasia atau Gerbang Kaspia. Orang Georgia me nyebutnya Ralani, Darialani. Ada yang menyebutnya Porte Cu mana dan Fortes Sarmatica. Lalu, bangsa Tartar menyebutnya Darioly.

Sejak zaman dulu, Ngarai Darial dan juga Derbent Laluan telah menjadi laluan perlintasan penting di Kaukasia bagi pelbagai ekspedisi ketenteraan dari Parsi, suku-suku Turki kuno, kekhalifahan Islam, hingga akhirnya dikuasai Rusia. Jalur ini menjadi penghubung laluan dari utara ke selatan Kaukasia.


Sumber

FUHLAMAKK!!! Sekitar Majlis Kahwin Nad Zainal ! Cuba Korang Tengok Siapa Yang Datang Tu??? Berani! [ 12 Gambar ]

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan dan juga pilihan hatinya, Muhammad Faliq kerana telah selamat bergelar suami isteri. Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di Rooftop Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam dan dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat.


Pengantin perempuan menerima mas kahwin bernilai RM 350 dan majlis ini telah diadakan secara tertutup di mana hanya melibatkan ahli keluarga sahaja di Bukit Jelutong.

Manakala majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama, pada sebelah malam The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana dihadiri teman rapat, sanak saudara dan rakan media.

“Majlis nikah memang untuk keluarga dan teman terdekat sahaja yang akan hadir sementara majlis sanding pula bagi pihak media yang diundang dan mahu membuat liputan, gambar akan disediakan. Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol”

“Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai,” memetik kata-kata Nad sebelum ini kepada Berita Harian.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan juga suami, Semoga perhubungan yang dibina akan kekal bahagia dan sentiasa dilimpahi rezeki tidak henti-henti.














Popular Posts