Sunday, February 21, 2016

IKHLAS mahu anak perempuan Zahid Hamidi tutup mulut...!!!

Isu pekerja asing: NGO mahu anak TPM tutup mulut


Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS) mahu anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berhenti mengulas mengenai isu pekerja asing atas alasan beliau bukannya mewakili kerajaan.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kenyataan Nurulhidayah itu boleh juga memberi kesan buruk kepada Umno.

“Dia bukan mewakili kerajaan, baik tutup mulut (dan) duduk diam.

“Ayahnya adalah seorang ahli politik. Jangan rosakkan imej parti politik tersebut. Duduk diam.

“Dah cari makan, cukuplah tu, jangan cakap banyak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, IKHLAS adalah NGO pro-kerajaan tetapi akan bersuara jika isu yang disentuh itu menjejaskan majoriti.

Nurulhidayah sebelum ini berkata memberi pendapatnya bagi menyokong kenyataan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar belia di negara ini melakukan ‘kerja kotor’ jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.



Sumber: Malaysiakini

Sumber 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts