“Kalau saya diberi peluang untuk mengacara dengan Awal, memang saya terima kerana bila bekerjasama dengan dia, dapatlah saya belajar kerana suami saya itu lebih mahir dalam bidang itu,” katanya.
“Saya tidak kisah berlakon drama atau filem, janji skripnya menarik perhatian. Begitu juga kalau perlu tinggalkan Lara lama, semua itu boleh diatur kerana kalau saya di lokasi, Awal boleh jaga anak,” katanya.
Tambah Scha, ketika ini merupakan waktu yang sesuai baginya untuk meneruskan kerjayanya di dalam bidang lakonan kerana sebelum ini dia perlu menjaga Lara.
Sumber
0 comments:
Post a Comment