Friday, December 18, 2015

PANAS!! PANAS!! KECOH LAGI !! Perkara Memalukan NABIL Berlaku Malam Gegar Vaganza 2...Apahal JAMAL Ni?..

Setelah 9 minggu bertanding akhirnya Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi milik penyanyi berusia 31 tahun iaitu Siti Nordiana Alias.


Berjaya membawa hadiah wang tunai bernilai RM100 ribu dan pakej pelancongan ke Madrid Sepanyol adalah rezeki buat Nana yang tidak pernah putus asa dalam kariernya.

Untuk Malam Akhir GV2, 10 perkara  yang ANDA tidak dapat ditonton di kaca TV.

1. Selepas Jihan dan Nabil membuat persembahan nyanyian lagu mereka yang berjudul Laukku Cukup Masin, Nabil terkejut dan terbaring selepas bunyi mercun dinyalakan.

2. Penonton di Auditorium tetap ‘sporting’ dan sokongan mereka tetap padu walaupun tiket yang dijual agak tinggi. Ini namanya peminat finatik yang tidak berkira soal harga.

3. Ketika iklan, Nabil puji Jihan kerana dia sangat cantik pada malam akhir dan kecantikan Jihan itu seumpama Norlia Ghani.

4. Micheal Ang kini kembali menyaksikan GV2 setelah berminggu-minggu tidak kelihatan kelibatnya di Auditorium MBSA

5. Penonton di MBSA amat tersentuh dengan persembahan Siti Nordiana menyanyikan lagu Putus Terpaksa. Ada juga yang mengalirkan air mata kerana sebak.

6. Ketika iklan, untuk hilangkan rasa stress Jihan nyanyikan semula lagu Putus Terpaksa dan Janji Manismu dengan caranya.

7. Agihan coklat tetap diteruskan oleh Tok Ram kepada kenalan selebriti yang hadir pada malam itu. Pemurah dan baik hati Tok Ram

8. Datuk Jamal Abdillah tidak layan Nabil yang mengusiknya dan membuat lawak ketika iklan.

9. Tok Ram dengan rasa ‘kekwat’ tak mahu bergambar dengan Nabil dan Jihan namun itu hanya gurauan Tok Ram yang geram dengan telatah mereka berdua.

10. Ketika sidang media, Tok Ram telah menegur kepada sebilangan hadiran yang ada dalam bilik sidang media kerana mereka membuat bising.

-------------------------------------------------------------------
Nabil Dah Minta Maaf, Jamal Abdillah Tetap Poyo Dan Berlagak..Apa Yang Berlaku Kepada Mereka Berdua di Belakang Pentas Selepas Tamat Siaran Gegar Vaganza ?


Semalam kita menyaksikan Siti Nurdiana telah menang Gegar Vaganza. Tahniah buat Nana. Dia memang layak menang kot. Tapi GegarVaganza ada spoil sedikit . Kedatangan Jamal Abdillah di nantikan tetapi di spoilkan oleh dirinya sendiri.

Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat. Ini bukti di mana Nitezen bersetuju yang Jamal Abdillah Spoil malam Gegar Vaganza




Konsert  akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) telah pun berakhir dengan menyaksikan penyanyi Siti Nordiana Alias, 31, dinobatkan sebagai juara.

Manakala naib juara pula jatuh kepada Farahdhiya diikuti tempat ketiga dimiliki oleh Ezad Lazim.

Tiga lagi perserta iaitu Nassier Wahab, Acong dan Haiza masing-masing merangkul tempat keempat, lima dan enam.

Selain kehebatan konsert akhir semalam, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jom Astro Gempak kongsikan kepada anda semua corat - coret semasa siaran langsung GV2, yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1. Dua hari sebelum konsert akhir berlangsung, Azwan Mazwan Sapwan memuat naik status sindiran di akaun Instagramnya. Ramai yang meneka status tersebut ditujukan kepada Farahdhiya.

2. Wow! Auditorium MBSA tetap penuh dengan penonton walaupun tiket untuk konsert akhir GV2 dijual. Bukan main hebat penangan Gegar Vaganza ya.

3. Isteri YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Hamidah Khamis turut hadir menyaksikan konsert akhir GV2 bersama anaknya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

4. Datuk Seri Vida sanggup menempah ‘crown’ baru bernilai RM180,000 demi konsert akhir GV2.

5. Sebelum konsert bermula, sebaik sahaja Datuk Vida masuk ke dalam auditorium, penonton tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya. Popularkan Datuk Vida?

6. Nabil dan Jihan tidak duduk diam semasa iklan dan yang pastinya para penonton tidak kering gusi dengan gelagat spontan mereka mengusik antara satu sama lain.

7. Datuk Jamal Abdillah terlalu serius terhadap Nabil sewaktu pengacara GV2 itu membuat lawak. Datuk Khaty yang ‘tidak tahan’ melihat perangai Jamal memukul manja bahunya dan berkata “Datuk bagilah ‘chance’ dah konsert akhir ni,”

8. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, netizen mula mempertikaikan status kemenangan Farahdhiya sebagai naib juara.

9. Ketika sidang media berlangsung, Datuk Ramli MS mengusik Nana dengan memanggilnya Leman dan disambut dengan gelak ketawa oleh Nana.

10. “Walaupun saya ‘Leman’, tetapi saya dah buktikan ‘Leman’ pun boleh jadi juara,” kata Nana sewaktu sidang media berlangsung.

Teks Oleh: Mya Amri


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts