Sunday, December 20, 2015

TAKZIAH !!! Remaja Maut Tertikam Keris Ketika Persembahan Silat..

Seorang remaja lelaki maut akibat tertikam dengan senjata tajam dipercayai keris ketika membuat persembahan untuk satu majlis perkahwinan di Labuan petang semalam, lapor laman Facebook Kelab Info Malaysia.


Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Patau itu, Mohd Amil Zulkarnain bin Jafar, yang juga ahli Silat Gayong Malaysia Cawangan Labuan (Gayong Serantau) maut setelah tertikam dengan keris.

“Saya dimaklumkan dan disahkan oleh gurulatihnya, Cikgu Rosni, bahawa seorang murid Gayong Labuan meninggal dunia ketika membuat persembahan di kenduri kahwin petang tadi. Mangsa tertikam keris di rusuk pada buah terakhir,” kata Makngah Perak.

Takziah buat keluarga arwah dan marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Amil.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts