“Hari ini dan esok saya perlu menghadiri sesi rakaman beberapa program terbitan Astro. Seharian saya berada di sini untuk menjayakannya. Nak bercakap pasal letih, memang tak terkata. Tak nak mengeluh, takut nanti dikata tak bersyukur.
“Sejak malam tadi, telefon saya tidak berhenti berdering. Beribu-ribu mesej dan panggilan diterima. Hanya boleh menjawab jika berkelapangan. Jadi, minta maaf sangat-sangat kepada ahli keluarga, peminat, rakan media atau sesiapa sahaja yang telah menghubungi tetapi tidak dibalas oleh saya,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Nana berkata, perniagaan butik atas talian di bawah jenama Paling Comel miliknya telah menerima impak memberangsangkan hari ini selepas diumumkan selaku juara.
“Bukan itu sahaja, tawaran menjayakan persembahan juga banyak diterima sehingga berlaku pertindihan jadual. Sekarang ini saya cuba memenuhi undangan nyanyian dan memberi keutamaan terhadap program Astro terlebih dahulu,” katanya
Dalam pada itu, Nana menjelaskan, dia juga bakal mengeluarkan single terbaharu dan proses tersebut akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat.
Sumber
0 comments:
Post a Comment