Thursday, December 17, 2015

PANAS !! PANAS!!! Adira Sudah Berkahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?

GEMPAR! Tiada angin, tiada ribut.. industri hiburan tiba-tiba dikejutkan dengan berita menyatakan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasi, Adira telah pun berkahwin.


Lebih sensasi, penyanyi yang sinonim dengan gelaran Snow White Malaysia ini dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang VIP muda yang dikenali sebagai Dato’ Red.

Berita ini tersebar apabila seorang wanita yang dipercayai isteri pertama VIP berkenaan, memuat naik sekeping gambar yang mengejutkan di laman Facebooknya.

Wanita yang dikenali sebagai Datin Red itu dilihat memeluk erat Adira di dalam gambar berkenaan yang tertulis kapsyen, ‘with sister‘ (bersama adik).

Gambar yang tiba-tiba ‘meletup’ di laman Facebooknya itu mengundang pelbagai reaksi.

Salah satu yang menarik perhatian kami adalah pengakuan Datin Red sendiri dalam salah satu komen yang menulis “Sekarang kami share suami” sekaligus bagai mengesahkan bahawa suaminya dan Adira sudah bergelar suami isteri



Pada masa sama, kami dapati Dato’ Red telah menukarkan cover photo laman Facebooknya kepada gambar Adira dan isterinya bersama.

Sementara itu, Adira juga dilihat memuat naik gambar yang sama di laman Instagramnya.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen positif dengan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada penyanyi putih gebu itu.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts