Tuesday, December 15, 2015

KECOH LAGI!!! 'ASTRO BAYAR SAYA BUKAN UNTUK JADI BAHAN LAWAK AWAK NABIL' - JAMAL

Belum reda lagi kritikan netizen terhadap tweet seorang pelakon lelaki terhadap Datuk Vida, kini netizen mempertikaikan pula kenyataan Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah yang diundang selaku juri kali kedua ke konsert akhir GV2 itu dianggap sebagai 'perosak' mood dan program berikutan kenyataannya yang tidak masuk akal, dakwa netizen.


"Malam ini, Astro bayar saya bukan untuk jadi bahan lawak awak tau," kata Jamal Abdillah kepada Nabil sebagai peringatan.

"Ala Tok, Astro pun cakap alang-alang dah bayar mahal tu, apa salahnya kenakan sikit-sikit," balas Nabil dalam nada gurauan.

Di akhir program itu, Nabil telah memohon maaf pada Jamal. Namun sekali lagi Jamal mengulangi ayat yang sama dan memperingatkan Nabil bahawa orang Malaysia kaya dengan budi bahasa.

"Kita ini orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita," katanya.

Susulan itu, netizen mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.

"Berlagak sangat kau kan Jamal? Cakap macam bagus. Kami sekeluarga tidak minat (pada) awak lagi selepas ini. Tengoklah contoh arwah Pak Yus (Jambu). Tak ada datuk apa pun tetapi orang kenang budi baik arwah di dunia dan tak sombong," kata Nur Raudhatul Raudha.

"Berlagak Jamal. Tiga kali ulang 'Astro bayar saya mahal²'. Tak sesuailah Jamal jadi juri. Sekali kena bahan balik dengan Datuk Vida 'Bayar mahal² tapi mic pun tak ada'. Datuk Vida memang terbaik," kata Kapten HK. - THEHYPEMEDIA.COM

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts