Masih lagi terlibat dengan program Juara Parodi yang masih lagi berlangsung, penerbit rancangan tersebut iaitu Afdlin Shauki telah menganjurkan program Juara Parodi Khas Kenang Allahyarham Yus Jambu pada hari Jumaat lepas.
Menjawab kritikan negatif daripada masyarakat, Afdlin tidak mahu ambil pusing akan tanggapan tersebut.
Tambah Afdlin, setiap peserta dalam program Juara Parodi ibarat keluarga yang cukup rapat dengan Pak Yus dan inilah masa untuk setiap pelawak meluahkan isi hati mereka tentang arwah.
Malah,jika pertandingan Juara Parodi diteruskan sekalipun, belum tentu peserta yang menyertainya mampu melakukan persembahan kerana masih lagi bersedih kehilangannya.
Inilah tempat untuk luahkan apa yang kami rasa dan kita tak mahu orang fikir kita tiada perasaan kepada arwah selepas kita kembali bekerja. Saya yakin jika tiada tempat untuk luahkan tempoh kesedihanakan lebih panjang.
Pak Yus menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang pada 30 November lepas sekitar jam 12.30 pagi kerana serangan jantung. Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.
Sumber
0 comments:
Post a Comment