Sunday, October 18, 2015

Suami Sangat Kuat Nafsu Mahu Urutan Batin Setiap Hari – Hamidah

“Gagah, besar, tahan lama dan perkasa,”. Ia bukan iklan bangunan pencakar langit, projek jutaan ringgit, sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga batin itu menjadikan seorang suami lupa diri.

Demikian pengakuan seorang isteri, Hamidah (bukan nama sebenar), 28, dari Rompin, selepas suaminya mula ketagih mengambil pil perangsang seks sejak lebih dua tahun lalu semata-mata inginkan kepuasan dalam perhubungan kelamin.


Hamidah yang mempunyai tiga orang anak berkata, sejak suaminya menggunakan pil perangsang itu, dia terpaksa melayan kehendak suami tanpa mengira masa walaupun ketika datang bulan.

“Masalah saya adalah suami sangat kuat nafsu sejak dia mengambil pil perangsang seks. Dia mahukan seks setiap hari termasuk sewaktu saya didatangi haid,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamidah yang baru melahirkan anak bongsu enam bulan lalu berkata, keinginan suami semakin membuak-buak semasa dia dalam tempoh berpantang.

“Saya juga dipaksa melayaninya selepas 15 hari melahirkan anak meskipun kesan sakit semasa melahirkan bayi masih terasa pada ketika itu,” katanya.

Hamidah berkata, jika tidak dilayan nafsu suaminya itu, lelaki yang sudah hidup dengannya sejak lima tahun lalu itu boleh bertukar perangai serta merta.

“Kalau keinginannya tak dipenuhi, saya pula tak tahan mendengar leterannya, malah dia akan bersikap kasar terhadap saya,” katanya.

Menurut Hamidah, sedang sibuk dia membuat kuih raya pada Ramadan lalu, suaminya datang tiba-tiba lalu meminta Hamidah masuk ke bilik tidur kerana sudah kemaruk nafsu.

“Kadang-kadang saya terpaksa meninggalkan kerja lain semata-mata ingin penuhi permintaan suami.

Malah, katanya, lebih teruk suami memaksa anak-anak supaya tidur awal hingga menyebabkan kerja sekolah anak tidak dapat disiapkan.

“Hidup saya dalam keadaan tertekan. Anak-anak pula menjadi mangsa apabila dipaksa tidur seawal jam 9 malam akibat sikap jelik si bapa,” katanya.

Katanya, akibat sikap suaminya itu, dia pernah terfikir untuk bercerai, namun hatinya kuat untuk tidak melepaskan si suami.

“Mana tahan kalau hidup macam ini. Saya fikir sebab ada anak-anak sahaja saya kuatkan hati. Kalau bukan kerana anak, sudah lama saya tinggalkan suami.

“Bagi saya tujuan perkahwinan bukanlah seks semata-mata, sebaliknya banyak perkara yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, suaminya itu dahulu tidaklah kerap melakukan hubungan intim, sehinggakan seorang rakannya memberinya pil perangsang seks.

“Malah dia juga selalunya tewas di ranjang. Mungkin faktor malu menyebabkan dia terpaksa menguatkan tenaga batin untuk mencapai kepuasan,” katanya.

Hamidah berkata, dia juga pernah berbincang dengan suami berhubung hal itu, namun suami mengakui sukar untuk membuang tabiat tersebut.

“Suami mengakui kesan ubat itu sungguh kuat hingga menyebabkan dia ketagihan untuk mengambilnya setiap hari.

“Dia meminta saya memberinya sedikit masa untuk dia mengurangkan ketagihan agar dia dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu,” akui wanita itu lagi.---- SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts