Tuesday, October 20, 2015

Perghh!!!! Jet ski ‘terbang’

Alor Gajah: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka berdepan detik menakutkan apabila Proton Wira dinaiki dihempap dua jet ski di Jalan Masjid Tanah-Paya Rumput, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kenderaan rekreasi air dikatakan melambung ke arah Proton Wira dinaiki empat beranak dan menghempap bumbung kereta menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas penyambung antara treler dan kenderaan pacuan empat roda yang menundanya tercabut.

Menurutnya, mangsa, Ahmad Azwan dan isteri, Jamilah Tahir berusia lingkungan 40 tahun bersama dua anak masing-masing berumur tiga tahun dan 18 bulan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dikejarkan Klinik Kesihatan Masjid Tanah.


“Jamilah yang bertugas di sekolah agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Ayer Limau dilaporkan cedera di tangan, suaminya di kaki manakala anak pasangan itu cedera ringan. Ketika kejadian empat beranak itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Seri Aman,” katanya.--Hmetro

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts