Timbalan Datuk Bandar MBPJ Wan Johary Anuar berkata, premis berkenaan antara satu daripada lima kedai makan yang diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati melanggar syarat sah lesen serta tidak mengamalkan prosedur penyediaan makanan yang betul.
“Pemeriksaan terhadap 20 premis makanan di kawasan berkenaan mendapati lima daripadanya gagal mematuhi syarat sah lesen dan tidak mematuhi standard penyediaan makanan yang ditetapkan menyebabkan kedai makan itu diarahkan tutup.
“Malah, ada pekerja kedai makan disyaki warga asing tidak mengambil suntikan tifoid walaupun kes demam kepialu sudah tersebar dan perkara itu dipandang serius menyebabkan kita mengambil tindakan serta-merta,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas Operasi Kepialu, di sini, semalam.--Hmetro
0 comments:
Post a Comment