Difahamkan, selepas kejadian, tiga suspek termasuk wanita itu cuba melarikan diri, tetapi malangnya gadis yang mengambil laluan yang salah itu akhirnya dikepung oleh penduduk Rio Bravo.
Berang dengan perbuatannya, penduduk tidak melepaskan peluang untuk menghukum wanita itu dengan cara yang lebih ganas.
Video viral yang berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan remaja wanita itu berlumuran darah akibat dipukul dan ditumbuk sebelum dibakar oleh penduduk tersebut walaupun dia cuba melarikan diri beberapa kali.
Mangsa itu dilihat menjerit dalam kesakitan apabila api merebak membakar seluruh tubuhnya dan akhirnya dia mati akibat kelecuran badan yang teruk.
Menurut laman web berita Tiempo, identiti gadis itu belum didedahkan polis buat masa ini untuk meredakan keadaan.
Polis dilapor sedang menyiasat kes ini.
Sumber
0 comments:
Post a Comment