Tuesday, October 27, 2015

GEMPAK-GEMPAR !!!! Johan As’ari Mempersiapkan Diri Untuk Berkahwin...

Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita daripada pelakon Johan As’ari yang sebelum ini berangkat ke India untuk berkelana demi mendalami agama Islam dengan lebih baik.

Setelah pulang ke tanah air, Johan hadir dan mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam yang lebih dewasa iaitu perkahwinan tetapi sebelum itu mahu menstabilkan ekonominya supaya dapat menanggung bakal isterinya kelak.


“Sebagai seorang lelaki kita mesti ada persiapan ke arah itu. Mahu berkahwin dengan anak orang kita kena pastikan segala keperluan cukup termasuklah menyediakan tempat tinggal, makanan dan sebagainya”

“Itu tanggungjawab utama supaya mereka terjaga. Kestabilan ekonomi sangat penting disebabkan itu saya perlu mempersiapkan diri ke arah itu terlebih dahulu,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Juvana 2, kelmarin.

Tambahnya lagi, dia tidak serik untuk kembali bercinta walaupun sesama artis sekiranya ditakdirkan jodohnya sebegitu. Apa yang penting pengalaman lepas banyak mengajar dirinya tentang erti kehidupan.

“Masing-masing berhak untuk memperbaiki diri begitu juga saya sendiri dengan pengalaman-pengalaman lepas banyak membantu saya. Saya takkan serik untuk bercinta sesiapa pun jodoh saya akan terima” ujarnya yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-29 pada 3 Disember depan.

Dalam pada itu, Johan As’ari atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Botak’ akan menemui anda dalam sekuel terbaru ‘Juvana 2’ pada 29 Oktober ini. Mengekalkan pelakon-pelakon hebat seperti Zahiril Adzim (Daim), Adam Shahz (Ayam), serta penampilan khas Pekin Ibrahim (Tok Ki).(rtky/h)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts