Monday, October 26, 2015

Fuhh GEMPAR !!!! Badan ‘berapi’

Lahad Datu: Dua anggota 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) cedera termasuk seorang daripadanya parah selepas jana kuasa elektrik di surau Pos Tanduo di sini, tiba-tiba meletup dan terbakar, jam 1.25 petang kelmarin.


Prebet Muhammad Mahazir Abdul Latib melecur pada muka, badan dan kaki manakala rakannya, Prebet Mohamad Allhake Yusoff, melecur pada lengan serta pinggang.

Kedua-dua mangsa yang berusia 20-an diterbangkan ke Hospital Tawau menggunakan helikopter Nuri untuk rawatan.

Muhammad Mahazir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu manakala Mohamad Allhake dirawat di wad kecemasan hospital sama. Keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan stabil.
Menurut sumber, ketika kejadian, Muhammad Mahazir tidur di dalam berek sebelum terjaga dan pergi ke tandas.--Hmetro

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts