JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?
Jikalau sebelum ini kerajaan Malaysia mahu haramkan motosikal masuk ke lebuhraya atau dalam cadangan untuk mengenakan tol di atas laluan khas motosikal, kali ini giliran pemilik kereta pula menerima arahan terbaru daripada kerajaan. Di mana JPJ akan haram kereta 12 tahun ke atas supaya dilupuskan, semuanya dilakukan dan mahu dilaksanakan atas nama keselamatan anda semua.
Bagi Berita Semasa, kami setuju untuk andaikata mahu scrap kereta-kereta lama. Tetapi…
Tetapi dengan syarat laksanakan dahulu had pinjaman kereta kepada 5 tahun. Bagaimana mahu laksanakannya? Turunkan cukai kereta yang tinggi dikenakan (SEPERTI DI SINI) kepada rakyat Malaysia selama ini. Pada masa itu barulah sesuai untuk dilaksanakannya. Realitinya sekarang ini, andaikata dilaksanakan segera seperti yang dikehendaki menteri, kewangan dan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia dalam bahaya selepas ini.
Hakikatnya di Jepun, rakyat Jepun contohnya tukar kereta 3-4 tahun disebabkan harga kereta murah di sana. Di Malaysia? Kebanyakan rakyat Malaysia berhutang 9 tahun untuk beli kereta baru. Selesai hutang 9 tahun, bebas daripada sebarang hutang selama 3 tahun dan tahun berikutnya menjadi hamba sekali lagi kepada pihak bank. Apa kata anda pula mengenai cadangan pelaksanaan segera haram kereta berumur 12 tahun ke atas?
P/S : Jualan kereta Malaysia yang merudum sekarang ini akan kembali bernas dan rancak kembali selepas ini. Proton & Perodua akan tersenyum lebar selepas ini…Rakyat?
Sumber
0 comments:
Post a Comment