Friday, December 11, 2015

FUHLAMAKKK !!!! 8 FOTO Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bersama Aaisyah Dhia Rana Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket..

11 Disember iaitu hari ini merupakan tarikh ulangtahun kedua perkahwinan, buat pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan.


Bersempena dengan hari penuh bermakna itu, Zain dan Che Ta telah meraikannya dengan bercuti ke Phuket, Thailand bersama anak mereka Aaisyah Dhia Rana.

Pasangan ini sempat berkongsi beberapa foto sewaktu di Phuket bersama peminat mereka di akaun Instagram.

Masa memang cepat berlalu, pejam celik sudah dua tahun usia perkahwinan mereka dan ia telah diserikan lagi dengan Aaisyah yang cukup comel. Semoga Zain Saidin dan Rozita Che Wan bahagia selalu dan kekal sehingga ke akhir hayat.. Ehem..rasa-rasa ada tak peluang Zain bagi adik untuk Aaisyah? Hehe..

Jom layan beberapa lagi foto mereka di Phuket dengan membaca artikel ini sepenuhnya.









Sumber Foto: Instagram Rozita Che Wan

Sumber

Thursday, December 10, 2015

GEMPAR!! GEMPAR!!! Tarik Diri Gegar Vaganza: Ini Komen Farahdhiya..

Finalis Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2) iaitu Faradhiya, akui mahu menarik diri di saat-saat akhir disebabkan kehilangan suara secara tiba-tiba pada hari Ahad lalu (semi final).

Tetapi niatnya itu telah dibatalkan setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada juri tetap Datuk Ramli MS.


Ramli MS yang lebih mesra disapa Tok Ram telah menurunkan ‘key’ nyanyiannya agar Farahdhiya mampu menyanyikan lagu itu walaupun tidak dapat melontarkan suara tinggi.

Ini komen dari Farahdhiya sendiri:

“Semasa ‘reherseal’ suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.

“Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.

“Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.

“Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu ‘Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu’ dengan ‘key’ yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya,”

Farahdhiya kini sedang mempersiapkan diri utnuk pentas akhir GegarVaganza dan akan terus berusaha gigih untuk memberikan persembahan yang terbaik dan tidak mahu menghampakan penonton dan peminat.

Sumber

KANTOI !!!! Sikap EMMA MAEMBONG Sebenarnya Dibongkar Oleh KAMAL ADLI..

Sebagai seorang yang rapat dan istimewa di hati Emma Maembong, aktor Kamal Adli akui tidak terlepas daripada mengikuti penglibatan pelakon cantik kelahiran Terengganu itu di dalam program realiti digital, The House.


Bagi Kamal, Emma berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjadi diri sendiri ketika bersama adik-beradiknya, terutamaa Yaya dan Chacha.

Kamal turut mendedahkan lima sikap Emma yang tidak berubah sama ada ketika berada di dalam mahu pun di luar The House.

Di bawah merupakan kenyataan yang diberikan Kamal:

1. HAPPY GO LUCKY!
Emma seorang yang happy go lucky dan sikapnya itu dapat dilihat menerusi program The House. Sungguhpun begitu, dia boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa. Saya lebih suka lihat dia ketawa dan gembira ketika bersama adik beradiknya dalam The House. Ianya sangat natural!
2. Jujur
Saya lihat Emma sangat jujur menzahirkan rasa dan emosinya dalam The House. Memek muka, emosi dan perasaan yang ditunjukkan di hadapan Chacha dan Yaya sama dengan apa yang ditonjolkannya ketika di luar lokasi atau penggambaran The House.

3. Mengambil berat
Dia memang seorang yang sangat caring. Dalam The House, walaupun Emma sentiasa dilihat bergurau kasar dengan adik-beradiknya, namun dia sebenarnya dia sangat menyayangi serta mengambil berat tentang mereka.
4. Pemurah
Emma seorang yang pemurah. Dia suka tolong kawan-kawan dan bukan orang yang kedekut. Dalam The House, saya dapat lihat sikap pemurahnya itu dan dia tidak berkisah untuk berkongsi apa sahaja dengan Yaya dan Chacha!

5. Baik Hati
Dia seorang kawan dan pendengar setia serta suka memberi kata-kata semangat kepada sesiapa sahaja. Dalam The House, saya dapat lihat cara dia menjaga Yaya yang sedang hamil dengan baik dan mengambil berat tentang kakaknya itu .


Sumber: beritasensasipanas

Fuhhlamak!! Korang masih ingat pejabat Neelofa yang pernah viral hujung tahun lalu..Inilah 4 foto terbaru pejabatnya yang sungguh tidak disangka-sangka..Pasti memeranjatkan korang semua..

Fuhhlamak!! Korang masih ingat pejabat Neelofa yang pernah viral hujung tahun lalu..Inilah 4 foto terbaru pejabatnya yang sungguh tidak disangka-sangka..Pasti memeranjatkan korang semua..








PANAS!!! Kerana dilanda masalah rumahtangga, inilah wajah terkini Fasha sandha yang dikatakan semakin kurus dan selalu bersedih?

Kerana dilanda masalah rumahtangga, inilah wajah terkini Fasha sandha yang dikatakan semakin kurus dan selalu bersedih... kesian fasha... bersabarlah..


Semalam pelakon hebat Fasha Sandha telah memuat turun gambar dia bersama Ozlynn iaitu isteri kepada pelawak terkenal Johan.

Namun ramai di kalangan peminat yang memberi komen bahawa pelakon kesayangan mereka ini kelihatan semakin kurus dan wajahnya kelihatan sedih.

Ramai yang beranggapan ini mungkin disebabkan oleh kisah rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.

Jumaat lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Fasha yang dibina bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 39 atau lebih dikenali sebagai Jejai.


Turut dikaitkan adalah bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish.

Fasha & Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

Sumber: Sembangsembang

PANAS!! PANAS!! Jawapan Yang Paling WIN Dari Nora Danish Bila Peminat Menghinanya Terlalu Tua....


Jawapan Yang Paling WIN Dari Nora Danish Bila Peminat Menghinanya Terlalu Tua Untuk Hisap Vape.

Aksi Nora yang ketika belajar menukar 'coil' sendiri untuk vape itu mendapat kutukan kerana wajahnya sudah kelihatan tua dan tidak cantik lagi.

Paling teruk ada pihak yang menyatakan sia-sia sahaja Nora menjadi duta bagi produk Safi Rania.

Jom tengok apa respond Nora Danish apabila peminat mengatakan beliau sudah tua.






Popular Posts