Thursday, December 10, 2015
1:56 PM
Wajib Tahu!!! Apakah Hukum Halal Air Barbican, Bavaria Dan Seumpamanya?
Masyarakat Islam di Malaysia sudah sedia maklum bahawa bir adalah haram. Apabila mana-mana orang Islam ditanya adakah bir haram, dengan mudahnya dia dapat menjawab bahawa ianya jelas haram. Kenapa haram? Kerana kandungan alkoholnya yang tinggi dan memabukkan.
Tetapi jika ditanya bagaimana hukumnya meminum Bir Bintang Zero (Indonesia), Barbican (UAE), Istak (Iran) dan juga Bavaria (Belanda) yang kandungan alkoholnya 0%, ramai yang tidak dapat menjawab. Bagaimana pula dengan kandungan alkohol yang tinggi di dalam tapai yang digemari ramai? Tapai mengandungi sekitar 7% alkohol. Ada yang mencecah 10%.
Alkohol dan arak adalah dua perkara yang berbeza. Alkohol, jika dihasilkan dari bahan-bahan yang tidak najis, boleh diguna sama ada sebagai minyak wangi atau bahan pengawet. Arak pula ialah minuman yang haram kerana memabukkan. Kandungannya bukan sahaja terdiri dari alkohol tetapi juga bahan-bahan lain seperti gandum dan anggur. Jadi, kalau kita beriktikad bahawa alkohol yang merupakan salah satu entiti di dalam arak adalah haram walaupun ianya di dalam bentuknya yang tersendiri, maka anggur yang merupakan bahan utama di dalam wain juga akan dikira haram.
Kita sering keliru dengan status alkohol. Bagaimana sebenarnya kedudukan alkohol dalam Islam? Berapa peratuskah alkohol yang dibenarkan di dalam makanan atau minuman? Mengapa kita perlu risau dengan alkohol kerana tidak ada satu pun ayat Al-Quran mahupun hadis yang menyebut tentang pengharaman alkohol? Yang ada adalah larangan meminum khamr.
Apa itu khamr? Menurut penjelasan Rasulullah SAW berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abdullah bin Umar,
“Setiap yang memabukkan adalah khamr dan setiap khamr adalah haram.”
Di sini jelas bahawa batasan khamr didasarkan atas sifatnya, bukan jenis bahannya. Jumhur ulama mendefinisikan khamr sebagai segala sesuatu yang memabukkan baik sedikit mahupun banyak.
Terdapat berapa jenis khamr? Khamr terdiri dari dua jenis, iaitu khamr yang mengandungi alkohol dan khamr yang tidak mengandungi alkohol. Contoh khamr yang mengandungi alkohol adalah beraneka jenis bir serta arak seperti wain, whisky, brandy, vodka dan sebagainya. Manakala contoh khamr yang tidak mengandungi alkohol adalah ganja, morfin, candu, marijuana, syabu, ekstasi, pil kuda serta pelbagai jenis dadah yang mengakibatkan mabuk atau tidak sedar diri.
Bagaimana pula tapai yang mengandungi alkohol sehingga 7-10%? Proses penapaian sudah pasti akan menghasilkan alkohol. Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang kali ke-7 pada 11-12 April 1984, jika tapai dibuat bukan dengan tujuan untuk dijadikan minuman yang memabukkan dan semasa dimakan ia tidak memabukkan, maka tapai halal dimakan. Namun begitu, jika tapai diperam terlalu lama dan memakannya boleh menyebabkan mabuk, maka hukumnya berubah menjadi haram untuk dimakan.
Majlis Ulama Indonesia turut mengeluarkan fatwa halal memakan tapai. Belum ada lagi pihak yang melaporkan bahawa tapai memabukkan setakat ini.
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar dari Institut Penyelidikan Produk Halal UPM serta mengambil kira keputusan muzakarah yang terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14-16 Julai 2011 telah bersetuju untuk memutuskan seperti berikut:
1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun, bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah paras 1% adalah harus dan boleh diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling, adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman, adalah tidak najis dan harus dimakan atau diminum.
6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Sebelum muzakarah tersebut, minuman malta jenama Barbican dari UAE telah memperoleh sijil halal daripada Islamic Food Research Centre (IFRC) - Malaysia & Asia Region yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, pada 17 Februari 2011 (No sijil IFRC/P/LA/11/0026). IFRC juga telah mengeluarkan sijil yang memperakui Barbican menggunakan bahan yang halal dan proses pengilangan juga tidak melibatkan alkohol.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin, pada 26 Julai 2011, telah menjelaskan bahawa minuman malta jenama Barbican halal diminum berdasarkan kandungan alkohol yang rendah dan bukan diproses sebagaimana proses membuat arak. Walau bagaimanapun, beliau meminta pengeluar dan pengedar minuman malta agar tidak menggunakan label atau jenama yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.
Majlis Ulama Indonesia (MUI), pada Januari 2015, telah mengumumkan sejumlah produk makanan dan minuman yang mendapat kelulusan halal dari MUI. Di dalam pengumuman tersebut, Bir Bintang Zero keluaran Indonesia, walaupun sebelumnya dikatakan mengandungi 0% alkohol (tiada alkohol), diisytiharkan haram kerana hasil kajian yang dilakukan oleh Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetika (LPPOM) mendapati masih terdapat kandungan alkohol di dalam minuman tersebut. Oleh itu, ia sebenarnya mengandungi khamr yang hukumnya haram.
Bir Bintang Zero, keluaran PT Multibintang Indonesia, diciptakan rasanya seperti bir walaupun tanpa melalui proses fermentasi. Ini adalah proses imitasi terhadap minuman haram sehingga mengajar orang Islam untuk menyukai sesuatu yang haram. Fatwa MUI nombor 4 pada tahun 2003 telah mengatakan bahawa “tidak boleh mengkonsumsi dan menggunakan makanan/minuman yang menimbulkan rasa/aroma benda-benda atau binatang yang diharamkan”.
Tujuannya adalah lebih kepada pencegahan untuk menyukai sesuatu yang haram sebagaimana yang disampaikan oleh Ketua Komisi Fatwa MUI, KH Ma’ruf Amin, iaitu segala sesuatu jalan yang menuju haram adalah haram.
Sehubungan itu, memperkenalkan minuman malta sebagai bir halal adalah tidak menepati syarak, iaitu terdapat unsur syubhah dengan presentasi bir yang haram. Ia menjurus kepada keadaan sosial dan budaya yang buruk. Penjenamaan arak yang halal langsung tidak bersesuaian dengan syariah. Apakah selepas ini akan ada pula babi halal atau judi halal? Semuanya menyumbang kepada kekeliruan dan fitnah yang lebih besar terhadap Islam. Malahan, minuman malta seperti Barbican, Istak dan Bavaria merupakan suatu syubhah kerana imej botolnya seperti botol arak yang sebenar.
Adalah langsung tidak wajar untuk mempromosikan penjenamaan songsang sebegini apatah lagi sekiranya ia dilakukan oleh mereka yang mengaku beragama Islam. Di dalam keadaan, di mana sudah terlalu banyak fitnah terhadap Islam yang tersebar, kita sepatutnya berusaha untuk memperbetulkan segala salah faham yang telah wujud; bukannya menambah kepada kecelaruan.
Johari Yap,
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Cawangan Kelantan
Sumber

9:36 AM
PANAS !! PANAS!!! CCTV Wanita Dalam Rakaman Ini Kini Dicari...
Video Wanita Berkacamata Dan Berbaju Kurung Biru Mencuri Ditaska Berjaya Dirakam CCTV: Satu video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Natasha Zainal memaparkan aksi seorang wanita berkacamata dan berbaju kurung biru sedang menyelongkar beg tangan di sebuah taska.
Difahamkan, ketika kejadian pemilik Taska tersebut mengadakan kenduri sekitar minggu lepas. Jadi dalam kesibukan tuan rumah, wanita ini dirakam cctv menceroboh sebuah bilik dimana letaknya beg tangan saudara pemilik taska dan mencuri barangan didalamnya termasuk duit.
"Maaf , tak ada niat nak memalukan mana mana pihak tapi kami sekeluarga perlu cari perempuan ni, sebab benda yang dia amik bukan sikit, mohon bantuan semua warga fb, mana yang agak2 kenal perempuan ni boleh PM. Harap sangat." tulisnya.
Selain itu, Natasha turut memuatnaik beberapa keping gambar wanita tersebut sambil menuntut dia memulangkan kembali barangan serta duit yang telah dicurinya.
Natasha juga mendakwa beberapa barangan kemas didalam rumah turut hilang, namun gagal dibuktikan kerana ketiadaan cctv.
"Jangan sangka taska mama yang nampak tak seberapa tak ada cctv , awak buat kerja memang cantik tapi silap , cctv merata dari luar ke dalam. Mohon pulangkan semua harta benda @ barang berharga @ duit . sekali lagi bukan nak memalukan pihak dia tapi kami sekeluarga perlu cari dia. Report polis menyusul."

9:26 AM
Teguran BERANI MATI!!! Gadis Bukan Islam Ini Untuk Fazura Buat Ramai Orang Islam SENTAP !..
Di laman sosial facebook Rotikaya, sekeping gambar terkini Fazura telah mencuri perhatian ramai dan lebih kecoh apabila seorang yang bukan beragama Islam menegur cara pemakaiannya.
Ini gambarnya
Pengguna Fb bernama Sabrina telah memberi komen seperti malu dengan pemakaian Fazura.
Ini komennya:
Apuuu.. nape x buka jew bju tu .. jgn memalukn agama sndri.. saya yg agama kristen pun malu bila tgok org agama kristen pkai bju dedah sna sni pdahal Ajaran xda sruh cm tu pn.. tp apa bole buat .. kita manusia katakn..
Rata-rata netizen ada yang menyokongnya namun ada juga peminat setia Fazura yang mempertahankan pelakon jelita itu.
Seperti biasa fans versus haters. Ada yang suka dan ada yang tak suka.
Ini lagi antara komen-komen :

Wednesday, December 9, 2015
11:38 PM
PANAS!!PANAS!! Sharifah Sakinah Terlupa Pakai Seluar?..
Bagi Sharifah, trend dan fesyen ini sangat baik buat beliau, tetapi apa kata peminat, memang dulu masa Sharifah bertunang, masih diketogerikan lawa, namun kini semakin melarat-larat, sampai seluar pun lupa pakai. adoii choi betul hahha...
Sumber dipetik dari viralberita.blogspot.com.
11:26 PM
GEMPAR GILER!!! Inilah foto wajah sebenar Vii Narza, gadis yang dimalukan Fazura kerana beri komen 'kimK'..
Ketika Fazura mempertahankan kritikannya mengenai isu 'KimK', individu yang menjadi mangsa hinaan aktres tersebut memberitahu dia tidak pernah berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu.
Wanita yang dikenali dengan nama Vii Narza di Instagram itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memberi komen buruk sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya.
"Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.
"Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik," ujarnya.
Vii Narza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang menjadi viral pada Rabu lalu apabila komen yang ditinggalkannya disalahtafsirkan oleh Fazura.
Dalam sekeping gambar yang dimuat naik oleh Fazura, Vii Narza telah memberi komen menyamakan salah seorang dalam gambar itu seperti aktres antarabangsa Kim Kardashian dengan menggunakan singkatan KimK.
Namun perkataan KimK yang sinonim dengan gelaran artis itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh Fazura sehingga mendorong dia memuat naik foto mengkritik peminat berkenaan termasuklah menyentuh imej bertudung wanita itu.
Selain itu Vii Narza memberitahu dia terkejut apabila komennya menimbulkan kemarahan Fazura sehingga memuat naik gambarnya di laman sosial.
Sementara itu, ditanya sama ada dia akan berjumpa dengan Fazura dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan, Vii Narza berkata perkara tersebut perlu ditanya kepada pihak pelakon berkenaan.
"Saya tidak dapat nak komen panjang sebab keadaan masih tidak mengizinkan dan tentang saya bersedia untuk jumpa dia, itu kena tanya pihak dia," ujarnya.
Dalam pada itu, Instagram Vii Narza turut meningkat secara mendadak daripada 300 ke 26,000 ribu pengikut sejak kontroversi berkenaan menjadi viral dan trending di media sosial sejak Rabu lalu.
Kebanyakan pengikut laman sosial menyatakan sokongan mereka kepada wanita itu dan menyelar sikap tidak matang Fazura yang seharusnya mengetahui singakatan nama KimK adalah gelaran kepada artis antarabangsa Kim Kardashian yang sudah lama digunakan.
Sumber: Ohmedia

11:14 PM
FUHH GEMPAR GILER ! 10 Perkara PALING MEMALUKAN Di Konsert Gegar Vaganza !! Aduiii
Minggu ketiga Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan 360 darjah benar-benar memberikan cabaran dan tekanan kepada ke semua peserta yang bertanding.
Menyanyikan lagu tersebut buat pertama kali di atas pentas tidak mematahkan semangat mereka untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk semua penonton.
Kini, hanya tinggal 10 peserta akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’
Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu ketiga GegarVaganza.
1. Sebelum Konsertnya bermula, nama Tok Ram kerap kali dijerit-jerit oleh penonton di Auditorium berserta dengan sorakan yang amat kuat.
2. Pengurus Pentas seperti biasa akan menyebut nama-nama peserta Gegar Vaganza satu persatu untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan gempak.
3. Setelah kelibat penaja rancangan memasuki ruang Auditorium iaitu Datuk Seri Vida terus pekikan dan sorakan telah dibuat oleh penonton. Jeritan tangline ‘Quputeh, Quputeh Barulah Puteh’ menjadi tempikan mereka.
4. Telatah Tok Ram dan Datuk Seri Vida selamba berselfie menjadi perhatian semua penonton.
5. Begitu juga penonton, tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama Datuk Seri Vida dengan gaya crownnya yang anggun.
6. Ramai artis dan selebriti hadir untuk minggu ketiga memberikan semangat antaranya Nash, Fattah Amin, Anne Ngasri, Marlia Musa dan ramai lagi.
7. Semasa ‘commercial break’ Nabil sempat mengusik Datuk M Nasir dengan mengajuk lagu ‘Apokalips’
8. Tok Ram sangat comel apabila mengagihkan coklat yang dibawa dalam bungkusan plastik kepada rakan-rakan artis yang duduk di belakangnya.
9. Jihan dan Nabil meniru dan mengajuk-ajuk lagu ‘Hantu Atau Buaya’ nyanyian Sheeda ketika iklan. Ketika itu, semua penonton ketawa dengan begitu kuat
10. Ketika iklan juga, Jihan dan Nabil buat sketsa lucu ketika pemuzik di pentas sedang membuat ‘soundcheck’ berkisahkan 2 pasangan kekasih.