Sunday, October 25, 2015

Wajib Baca!!! Pokok-Pokok Hiasan yang Sesuai Ditanam di Dalam Rumah Untuk Lawan Jerebu..

Sejak kebelakangan ini, beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura telah dilanda jerebu. Di Indonesia, bacaan IPU semasa melebihi paras bahawa iaitu sehingga 3000 bacaan IPU.


Namun negara kita yang terkena tempias tidak kurangnnya juga, kerana hari ini, 21/10/2015 jerebu dilaporkan 30 kawasan telah mencatat IPU tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 233 hari ini.

Tahukah anda, jerebu adalah debu dan asap zarah yang berkumpul di udara yang agak kering di mana zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera yang akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Kandungan udara dalam jerebu juga merbahaya kepada kanak-kanak, orang tua serta pesakit asma, radang paru-paru dan jantung.

Zarah asap dan debu yang dibawa udara ini sebenarnya memasuki ruang rumah kita yang tidak tertutup rapat, jadi kita tetap akan menghidunya walaupun berada di dalam rumah.

Jadi bagaimanakah cara untuk melawan aliran jerebu di dalam rumah kita ini?

Satu langkah yang terbaik adalah meletakkan penapis udara semula jadi di dalam rumah kita, penapis semula jadi yang dimaksudkan itu adalah hanya dengan menanam pokok hiasan yang  sudah dibuktikan ia berfungsi sebagai pokok-pokok penapis udara semula jadi yang amat hebat.

Selain menapis udara, ia juga sudah pasti mencantikkan ruang rumah atau ruang pejabat yang menjadikan pokok-pokok ini cukup berguna selain boleh menggantikan air purifieryang sudah pasti harganya beribu-ribu ringgit untuk dibeli.

Menerusi Siakapkeli, kami kongsikan pokok-pokok hiasan yang merupakan penapis udara yang efisien untuk ditanam di dalam ruang rumah atau pejabat.

1.    Aloe Vera


2.    Corntalk dracaena


3.    English Ivy


4.    Flamingo Lily


5.    Gerbera Daisy


6.    Kekwa


7.    Lidah Mak Mertua, lidah jin


8.    Lily Turf


9.    Peace Lily


10.    Red Edge Dracaena


11.    Sireh Puteri


12.    Warneck Dracaena



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts