Friday, October 30, 2015

KEJAM GILA!!! Belasah isteri dengan hos pembersih hampagas..

Alor Setar: Hanya kerana cemburu buta, seorang suami tergamak membelasah isterinya dengan hos pembersih hampagas selepas menuduh wanita itu berlaku curang menyebabkan mangsa cedera di betis, bahu dan lebam di badan.


Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari kelmarin, lelaki berusia 33 tahun itu yang termakan hasutan rakan konon isterinya berusia 44 tahun mempunyai hubungan sulit, memaki hamun wanita itu di kediaman mereka di Kampung Suka Menanti di sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ros berkata, dia mulanya menafikan perbuatan itu kerana tidak pernah berlaku curang dengan suami, namun tidak diendahkan lelaki berkenaan.

“Puas saya memujuknya, namun tidak berhasil sebelum dia memukul saya dengan hos alat itu berulang kali.

“Tidak cukup dengan itu, suami menampar muka saya dua kali,” katanya.--Hmetro

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts