Saturday, October 31, 2015

ADOI LA HAI... Kesian.. cantik - cantik pun tersembam masa buat persembahan. Bengkak - bengkak muka diorang jatuh kene lantai....

ADOI LA HAI... sian.. cantik - cantik pun tersembam masa buat persembahan. Bengkak - bengkak muka diorang jatuh kene lantai. Jom tengok video dan "kesedihan" mereka.. isk isk admin oun hampir menitis air mata tengok mereka :P


LUMRAH menjadi seorang penyanyi, apa jua yang berlaku di atas pentas, persembahan tetap perlu diteruskan demi meraih kepuasan peminat yang setia memberi sokongan.

Video sebuah kumpulan K-pop wanita yang terjatuh berkali-kali ketika membuat persembahan di Korea Selatan ini mula mendapat perhatian dan viral sejak beberapa hari lalu.

Rakaman video dari peminat kumpulan Gfriend itu menunjukkan beberapa orang ahli kumpulan itu tergelincir serta terlentang beberapa kali ketika menyanyikan lagu terbaru mereka yang berjudul Me Gustas Tu.

Menerusi video itu, salah seorang ahli kumpulan itu yang bernama Yuju (kaki dibalut kain putih) telah terjatuh lebih daripada 5 kali akibat keadaan pentas yang basah kerana hujan ketika itu.

Kumpulan Gfriend sebelum memulakan persembahan.


Turut tersembam di hadapan penonton dan peminat mereka, Sin B juga mengalami nasib yang sama dengan Yuju.

Walau bagaimanapun, semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan itu dikatakan telah memberi inspirasi kepada orang ramai yang menyebabkan video itu viral.

Tidak mudah melatah malah lebih bersemangat selepas jatuh, kedua-dua ahli kumpulan yang terjatuh itu kembali bangun dan memberikan yang terbaik kepada penonton!

Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 1 juta kali sejak ia dimuat naik pada sabtu lalu.


            

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts